Wednesday, November 16, 2011
Karnival Sukan Pelancongan 2011
Pasukan futsal SYFC A akan menyertai satu Karnival Sukan Pelancongan 2011 yang dianjurkan oleh UMK. Karnival ini turut membabitkan sukan bola jaring dan permainan dota khusus untuk penuntut IPTA dan IPTS seluruh negeri Kelantan. Berikut adalah butiran lanjut mengenai kejohanan futsal :
Tarikh : 19 November 2011 (Sabtu)
Tempat : KB Arena, Padang Tembak
Yuran : RM80 (Satu pasukan)
Pertandingan futsal ini hanya terhad kepada 48 pasukan sahaja. Juara pertandingan futsal akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500, naib juara RM300 dan tempat ketiga RM200. Semoga berjaya diucapkan kepada semua pemain SYFC A dan sama-sama kita berdoa supaya mereka dapat menjuarai pertandingan ini. Amin
Sinar Harian Online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment