Wednesday, November 16, 2011

Karnival Sukan Pelancongan 2011



Pasukan futsal SYFC A akan menyertai satu Karnival Sukan Pelancongan 2011 yang dianjurkan oleh UMK. Karnival ini turut membabitkan sukan bola jaring dan permainan dota  khusus untuk penuntut IPTA dan IPTS seluruh negeri Kelantan. Berikut adalah butiran lanjut mengenai kejohanan futsal :

Tarikh    : 19 November 2011 (Sabtu)
Tempat  : KB Arena, Padang Tembak
Yuran     : RM80 (Satu pasukan)

Pertandingan futsal ini hanya terhad kepada 48 pasukan sahaja. Juara pertandingan futsal akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500, naib juara RM300 dan tempat ketiga RM200. Semoga berjaya diucapkan kepada semua pemain SYFC A dan sama-sama kita berdoa supaya mereka dapat menjuarai pertandingan ini. Amin

Sinar Harian Online

Friday, November 11, 2011

Sonic Youth FC Juara Berganda Karnival Sukan IPG Kampus Kota Bharu 2011



Baru-baru ini, pasukan bola sepak dan futsal SYFC telah menyertai Karnival Sukan Terbuka IPG Kampus Kota Bharu 2011. Bagi sukan bola sepak, acara ini telah berlangsung pada bulan Julai sehingga September 2011. Dalam kejohanan tersebut, pasukan SYFC telah menjuarai seterusnya memperoleh Piala Pengarah IPGKKB 2011 yang julung-julung kali diadakan di IPG Kampus Kota Bharu. Dalam perlawanan akhir, pasukan SYFC telah menewaskan pasukan BBC dengan keputusan 2-1 menerusi dua sepakan penalti masing-masing oleh Mohd Ismarezza dan Mohd Nazrul.

Bagi sukan Futsal yang berlangsung pada bulan Oktober 2011 pula, pasukan SYFC telah menghantar dua wakil bagi merebut kejuaran berganda dalam karnival sukan yang dipertandingkan. Dalam saingan tersebut, pasukan SYFC A telah berjaya melayakkan diri ke peringkat Grand Final manakala pasukan SYFC B terkandas di peringkat kumpulan setelah hanya mampu menduduki tangga ketiga dalam kumpulan D. Seterusnya, pasukan SYFC A telah meloloskan diri sehinnga ke final dan berjaya menewaskan pasukan Barn Buddy A dengan keputusan 3-1 melalui penentuan sepakan penalti setelah kedudukan terikat 2-2. Tahniah diucapkan!